Kata orang, apabila seseorang ini mabuk, dia biasanya akan tunjukkan tingkah laku yang berbeza berbanding ketika tidak mabuk. Mereka boleh jadi lebih agresif, mereka boleh jadi lebih terbuka, dan kadangkala mereka akan luahkan apa yang mereka selama ini pendamkan.
Di Korea, budaya minum ini sangatlah tidak asing, bahkan menjadi tradisi budaya mereka. Di zaman ini, lambakan kedai minum ala bar, mahupun kedai-kedai biasa, memang akan menyediakan minuman keras. Minuman keras yang paling lazim ialah bir, makgeolli, dan juga soju. Ketiga-tiga minuman ini mempunyai kandungan alkohol yang berbeza, dan juga rasa yang berbeza. Budaya minum menjadi sebahagian daripada hidup mereka. Tahukah anda, meminum minuman keras di khalayak umum adalah dibenarkan di sisi undang-undang Korea, tetapi tidak di Amerika Syarikat?
Sebagai Muslim, saya memilih untuk tidak meminum minuman keras. Meskipun pandangan kebiasaan bahawa orang Muslim tidak meminum minuman keras adalah atas sebab larangan agama, namun saya tidak minum kerana saya memilih untuk tidak minum, meskipun saya mampu jika saya mahu. Sebabnya, masih terdapat ramai Muslim yang memilih untuk berbuat sedemikian.
Sebagai individu yang hidup bersama-sama dengan komuniti masyarakat Korea, saya fikir ada eloknya saya terlibat sama dengan aktiviti seharian mereka. Saya belajar cara hidup orang Korea, berkomunikasi dengan mereka, lakukan apa yang mereka buat, tanpa memberi pandangan yang etnosentrik atau berat sebelah. Meskipun saya fikir saya sudah tinggal agak lama dengan orang Korea, namun belum berani memberikan apa-apa penyataan stereotaip yang umum dengan melabelkan mereka sesuka hati saya. Saya sedar bahawa kecenderungan untuk membuat perbandingan dengan budaya Melayu amatlah tinggi, namun perbuatan itu bukanlah sesuatu yang bersifat arif.
Pada malam tadi, usai kuliah Antropologi Ekonomi, profesor Hong mengajak kami semua untuk keluar minum. Ya, tentulah bukan teh tarik. Namun saya boleh memilih untuk minum Coca Cola. Dua minuman yang lazim, antara minuman keras, atau minuman bergas. Minuman bergas, hanya ada Cola (Pepsi, Coke) atau Cider (Sprite, 7-Up, Chilsung Cider). Tidak perlu risau tentang jenama minuman, kerana rasanya pun tidaklah banyak bezanya.
Kami minum, dan berbual. Kadangkala secara rawak, kami lagakan gelas sesama kami. Profesor Hong dengan gelas sojunya, aku dengan gelas berisi Cola, dan rakan sekelas yang lain dengan gelas bir mereka. Tiada rasa janggal lagi untuk aku. Tidak seperti setahun yang lepas, aku masih baru dengan budaya minum di Korea. Sepanjang aku tinggal di Busan, aku tidak terdedah dengan budaya minum Korea kerana kebanyakan kawan Koreaku tidak mengajakku untuk keluar minum bersama, kerana memikirkan bahawa ia kurang sopan.
Profesor Hong, sudah dua botol soju. Muka beliau juga sudah kemerahan.
"Marilah kita balik"
Aku menemai beliau ke arah jalan besar untuk menahan teksi, Sedang kami berjalan, dia meletakkan dengannya dibahu aku, dan diapit erat.
"Ahmad, belajar sungguh-sungguh ya. Sukar bagaimana sekalipun, teruskan usaha."
Aku hampir tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut beliau. Tidak seperti tahun lepas, beliau sering mengeluarkan kata-kata yang keras, dan sering juga memperlekehkan aku di dalam kuliah. Itu tidak termasuk dengan paksaan untuk minum minuman keras. Untung saja hati aku lebih keras. Namun kali ini, perkara sedemikian tidak berlaku.
"Baik Profesor, saya akan usaha sedaya upaya saya."
Kebetulan saya sempat menahan sebuah teksi yang lalu sebelum sempat kami sampai ke jalan besar. Profesor pun berlalu pergi.
Ya, aku fikir dia sudah banyak berubah. Atas sebab kekerasan hati aku, hati beliau pula menjadi lembut. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan hari-hari berikutnya lebih baik untuk beliau. Ya, meskipun beliau mabuk akalnya, masih ada yang baik di hatinya.
Gwangju ialah nama bandar di Korea, Manju ialah makanan yang dalam dia ada inti macam kaya.
Monday, October 27, 2014
Sunday, October 26, 2014
Cadbury
Berbanding dengan pelajar Muslim di Seoul, aku rasakan hidup aku lebih payah berbanding mereka. Lebih-lebih lagi dalam soal makanan.
Sewaktu di Busan, aku ditempatkan di asrama yang tiada kelengkapan memasak, dan juga tidak membenarkan makanan luar dibawa ke dalam bilik. Ya, tinggal di asrama Korea memang penuh dengan undang-undang ketat. Hinggakan anda perlu turun ke kafeteria semata-mata untuk makan mi segera!
Itu, kisah aku di Busan. Memang sukar untuk aku dapatkan makanan. Lokasi universiti yang terletak di kawasan bukit, menyukarkan pergerakan aku untuk ke pusat bandar atau pekan-pekan berdekatan. Satu-satunya tempat untuk aku mengisi perut, adalah di kafeteria asrama.
Kafeteria asrama, beroperasi 3 kali sehari. Pagi, tengahari, dan lewat petang. Menu sudah ditetapkan. Masa juga sudah ditetapkan. Andai terlepas waktu, maka berlagu pilulah perut anda untuk hari itu. Menu makanan pula, jika pada hari itu hanya ada spagetti, spagetti sahajalah. Jika nasi berlauk daging babi, nasi dengan kimchi sahajalah. Untung sahaja kimchi diberikan secara percuma.
Pada awalnya, aku masih asing dengan makanan Korea, aku ambil sahaja tanpa memikirkan apa-apa. Kecuali yang betul-betul berbentuk seperti daging, aku akan elakkan. Namun aku tak pernah menyangka spagetti, akan diletakkan bersama dengan kepingan ham(daging babi) bersama. Aku juga tidak menyangka nasi goreng kimchi dengan keju mozarella itu, rupanya cebisan daging babi. Nasi sudah menjadi bubur, harapkan keju, keju jadi daging. Malangnya sudah masuk ke dalam perut. Insurans pun tidak menampung kos menukar darah aku.
Aku sedar, tinggal sekian lama di Malaysia sedikit sebanyak membentuk pemikiran berkenaan halal-haram makanan yang sangat ketat. Tetapi, jika aku teruskan pemikiran ketat sebegini, aku akan hidup dengan penuh kesukaran di Korea. Lebih-lebih lagi aku tinggal di kawasan luar bandar untuk jangka masa yang lama.
Jadi, dalam memilih makanan, aku akan cuba mengelak hanya makanan yang secara nyata berunsur haram terutamanya daging babi. Namun, untuk mengenalpasti sama ada makanan yang dipesan di kedai-kedai makan kebanyakan itu mengandungi unsur babi atau tidak, wallahualam.
"Mahu pesan makanan di Korea, kalau tanyakan bahan jangan sampai ke dapur."
Aku teringat kata-kata Prof Lim, berjenaka.
Nasi, sup, kimchi, sudu dan pinggan sekalipun, belum tentu bebas 100% dari unsur-unsur haram. Makanlah sekadar yang mampu.
Wednesday, October 8, 2014
Festival Makanan Antarabangsa
Ada gambar-gambar, tapi malas nak upload sebab gambar semuanya dalam handphone aku ni. Menaip pulak, aku lagi suka pakai laptop. So, kalau aku free aku tambah la gambar-gambar.
Sejak dari malam tadi, semua pelajar pertukaran dari Malaysia bersiap-siap untuk booth Malaysia. Kami akan jual kuih-kuih macam Karipap, Cucur Udang, dan Cekodok. Nak nasi lemak roti canai charkueytiow semua tu, mintak maaf lah, kalau nak jual memang tak laku. Tahun lepas pun dah cuba jual, ade lah dalam 6-7 pinggan je terjual, yang lain tu aku sendiri yang makan. Jadi untuk mengelakkan kesusahan nak memasak benda-benda yang rumit macam nasi lemak bagai tu, jual kuih je lah.
Jadi ada beberapa budak stay dekat rumah aku untuk sediakan kuih karipap. Mereka masak inti kentang dan kulit karipap. Ada budak cina, ada melayu. Ini suatu pemandangan yang aku tak pernah lihat sejak beberapa tahun aku dekat sini. Sebab apa? Sebelum ini cina ada satu group, melayu satu group. India? mereka akan join salah satu. Kali ni, semuanya duduk dalam satu tempat, buat kuih karipap. I bangga tau.
Jadi ceritanya di sini, mereka pun sediakan karipap mentah, sampai pukul 2 pagi. Keesokkan paginya team memasak cucur udang pulak datang rumah pukul 8.30 pagi.
Gua nak tidur beb. nak tidur.
Anyway, hari berjalan macam biasa. Aku pun tak berapa sempat nak tolong dekat gerai Malaysia, sebab aku ada kelas, jadi aku sekadar lalu, jual muka, jumpa Reina Kimoto untuk mintak makanan free, dan kemudian balik ke rumah untuk belajar.
Oh ya, tadi aku kata aku ada kelas kan?
Betul. Aku ada kelas.
Dan aku terlupa nak pergi.

Tuesday, October 7, 2014
Saya di Gwangju.
Aku fikir, ada baiknya aku buat catatan hidup aku sepanjang dekat sini. Almaklumlah belajar obersea. huehuehue. Blog ni asalnya private, tak lah private, tapi tak boleh dijumpai oleh orang, sebab tak dipromote. Eh, masih private.
Hmm.
Gwangju. Gwangju ialah satu bandar di daerah Jeolla Nam Do di Korea Selatan. Kedudukan dia boleh dikatakan di barat daya semenanjung Korea Selatan. Biasanya bila cakap pasal Korea, orang Malaysia hanya tahu Seoul, Busan, Jeju. Seoul, Busan, Jeju. Gua pun naik bosan. Kalau dari Seoul, perjalanan mengambil masa 3 jam setengah. Dari Busan, dalam 3 jam. kiranya aku berada di tengah-tengah. Jadi aku boleh pilih nak pergi Busan atau Seoul kalau nak berjoli.
Gwangju ini bandar yang kelima terbesar(kalau tak salah lah, itu hari check dekat wikipedia kot) di Korea. Kalau di tanya apa yang menarik di Gwangju untuk dilawati, aku sentiasa sudah bersedia dengan jawapan lazim aku.
Tak ada apa apa.
Serius, tak ada apa-apa yang menarik dekat sini. Mungkin ada bandar Damyang, kawasan luar bandar yang ada bukit berbuluh. Penuh dengan buluh. Tapi setakat itu je lah bendanya. apa lagi yang ada?
Mungkin Boseong, bukit pokok teh, ala-ala Cameron Highland. Tapi sejak aku tinggal sini sampai sekarang, aku masih belum jejak kaki lagi kat tempat tu. Sebab? Sebab aku tak nak pergi. Mungkin aku perasan macam orang tempatan. Yelah, aku tinggal dekat KL pun, tak pernah pergi Tugu Negara. Lebih kurang macam tu lah perumpaannya.
Tapi bagi aku, apa yang seronoknya tinggal di sini(tinggal, bukan melancong), ialah aku mampu simpan duit dari berbelanja yang bukan bukan. Sebabnya, sebab memang tak ada apa-apa dekat sini. Muzium? tolonglah.
Aku tinggal di One Room berdekatan dengan universiti tempat aku belajar. Chonnam National University. Tinggal sorang-sorang. Dapur, bilik air, internet, semua ada. Awek kpop saje yang takde. Punyalah susah dulu nak cari rumah ni, sebab aku dah terlepas 3 buah rumah sewa idaman aku yang akhirnya terlepas ke tangan orang lain dek kekedekutan aku untuk bayar deposit sewa 1 bulan. Nasib baiklah YaKyang tolong aku cari rumah ni, kalau tidak, berumah bawah jambatan lah aku, Asrama pun aku tak daftar. Padan muka aku.
Tapi walaubagaimanapun, aku happy tinggal kat sini, walaupun tak ramai orang malaysia, dan populasi muslim sangat rendah, aku ok je. TOlonglah jangan tanya ada restoran halal tak kat sini. Kat rumah aku ada lah.
Kalau ada kawan yang nak datang Korea, yang nak minta tolong aku jadi tour guide, boleh je. Tolong sponsor tiket bas aku dan petempatan.
Tiket bas dan petempatan.
Mohon.
Monday, October 6, 2014
30 Minit sebelum kelas.
Sebenarnya bukan kelas, tapi 30 minit lagi aku dah berjanji dengan diri sendiri supaya berhenti main laptop dan siapkan perbentangan untuk hari ni.
Blog dah ada banyak, tapi masih mahu nak tambah blog baru. Aku sebenarnya terlupa bahawasanya dulu aku adalah penulis blog tegar. Idea mencurah-curah. Tapi tidak sekarang. Sekarang aku jadi seorang yang membosankan, kalau semua orang order air Jus Delima, Epal Asam Boi, Kathura, Makgeolli Halal, aku hanya akan order limau ais sahaja. Sebab aku memang begini.
Dah lama aku tak menulis, sampaikan baru dua perenggan menaip blog aku dah rasa geli-geli kelangkang jari. Tapi ini merupakan cara aku mengisi masa lapang (dulu-dulu), mungkin selepas kesibukan di zaman Universiti Malaya dulu, aku dah lupa bagaimanakah perasaan gembira dan ghairah dalam mencurahkan idea, perasaan, ke dalam bentuk penulisan. Sesungguhnya aku taklah pandai nak menulis ayat-ayat puitis, poetic (eh same je), cuma sekadar menulis sahaja. Tulis. Tulislah. Tulislah. Dengan nama tuhan yang menciptakan manusia dari tanah. Eh, ni bukan surah ye.
Dari tadi hingga adi sampai ke bahagian ini, aku sudah pun memakan masa 4 minit. Terasa macam lambat. Tak apalah, perlahan-lahan. Aku harus mencari diri aku yang dulu.
Gay sungguh bunyinya.
Ape apelah.

Subscribe to:
Posts (Atom)