Cop Halal? Memang tak ada lah masa tu.
Di Korea juga pada 2, 3 tahun lepas mula jadi popular. Aku fikir pemasaran Mi Samyang ini sangat terancang dengan baik. Memang disengajakan untuk membuat satu produk mi segera yang akan membuat ramai orang ingin cuba, walaupun makanan-makanan di Korea memang terkenal dengan rasa yang pedas. Tapi Mi Samyang ini memang memfokuskan kepada kepedasan dia sahaja.
Untuk yang tidak tahu, sebenarnya Mi Samyang Ayam ni ada pesaing, iaitu Mi Pedas Sotong. Selalunya aku akan beli kedua-dua ini untuk dibawa makan bersama kawan-kawan serumah. Sengaja nak menyeksa diri. Aku ada kawan yang tak mahu makan Mi Ayam ini sebab ayam (tak halal), jadi aku terjumpalah yang sotong ni. Belum sempat dia makan, aku terbaca bahan yang ada dalam mi sotong ni rupanya ada babi. Ha, amik kau. Mi perisa ayam tak ada babi. Mi perisa sotong ada babi. Siapa yang tak tahu baca bahasa Korea tu memang naya lah. Aku pulak dulu yakin diri sangat yang Mi sotong ialah sotong semata-mata. Sejujurnya aku jarang benar nak membaca kandungan bahan dalam makanan.
Jadi berbalik kepada persoalan Halal atau Haram Mi Samyang ni, aku rasa dan diperbincangkan dengan sangat terperinci oleh beberapa pihak. Tugas aku bukan untuk membuktikan Mi ini halal atau tidak, tapi aku lebih kepada melihat sikap dan perangai konsumer Melayu di Malaysia. Aku sangat suka melihat perangai manusia. Sangat suka.
1. Hanya ada Cop JAKIM, baru halal.
Golongan sebegini anggap hanya makanan yang dari Malaysia, atau negara-negara Islam sahaja yang mampu menghalalkan makanan. Walaupun Mi Samyang yang dijual di Malaysia mempunyai pengesahan halal daripada badan Islam di Korea, mereka anggap tak valid. Sebab Korea bukan negara Islam.
2. Ada satu tak halal, semua tak halal.
Tahukah anda, ada dua jenis Mi Samyang pedas yang dijual di Malaysia. Satu, memang tak halal. Satu lagi, yang halal. Oleh kerana anda dibekalkan akal dan diajar untuk membaca sejak kecil, Gunakanlah kelebihan itu untuk sekurang-kurangnya baca di paket Mi itu sama ada ia ada cop halal atau tidak. Tak bolehlah nak anggap semua makanan di Malaysia ni ada cop halal. Nasi Lemak anak dara pun tak ada cop halal. Yakin pulak kau benda tu halal. Ini makanan yang dah siap bercop halal pun kau malas nak baca.
ku dapat kenal pasti ialah pakejing Mi Samyang yang tidak halal adalah sama dengan pakejing baru yang dijual di Korea (biasanya ada kartun ayam berambut), manakala pakejing Mi Samyang Halal, menggunakan pakejing lama.
Mi Pedas Berkeju ni aku pernah nampak dijual kat Genting Highland punya Mall. Alah yang dekat Kasino tu. (aku tak pergi kasino).
3. Tak tahu buat pilihan.
Aku sangkakan kalau dah kau tak yakin benda tu halal, jangan makan. Itu sahaja. Tapi kau mengutarakan rasa was-was kau kepada orang lain dan kondem orang yang tidak was-was. Ini yang membuatkan isu halal haram Mi Samyang ni tak pernah habis. Sampai sekarang pun aku masih dengar persoalan coklat cadbury tu halal ke tidak. Kau pilih untuk jangan makan. Sudah. Diam. Kau tak akan jadi hero pun kalau kau sekadar nak memviralkan rasa was-was kau ke media sosial. Menyusahkan lagi usaha menghalalan makanan luar negara ada lah.
Jadinya emak aku sendiri pun dah terjebak dengan Mi Pedas Samyang ni. Mahal jugak ya kat Malaysia. RM23 satu pek 5 bungkus. Emak aku ni suka suruh aku masak mi ni, tapi dia makan satu garfu je, lepas tu aku yang kena habiskan.
No comments:
Post a Comment