Monday, October 6, 2014

30 Minit sebelum kelas.

Sebenarnya bukan kelas, tapi 30 minit lagi aku dah berjanji dengan diri sendiri supaya berhenti main laptop dan siapkan perbentangan untuk hari ni.

Blog dah ada banyak, tapi masih mahu nak tambah blog baru. Aku sebenarnya terlupa bahawasanya dulu aku adalah penulis blog tegar. Idea mencurah-curah. Tapi tidak sekarang. Sekarang aku jadi seorang yang membosankan, kalau semua orang order air Jus Delima, Epal Asam Boi, Kathura, Makgeolli Halal, aku hanya akan order limau ais sahaja. Sebab aku memang begini.

Dah lama aku tak menulis, sampaikan baru dua perenggan menaip blog aku dah rasa geli-geli kelangkang jari. Tapi ini merupakan cara aku mengisi masa lapang (dulu-dulu), mungkin selepas kesibukan di zaman Universiti Malaya dulu, aku dah lupa bagaimanakah perasaan gembira dan ghairah dalam mencurahkan idea, perasaan, ke dalam bentuk penulisan. Sesungguhnya aku taklah pandai nak menulis ayat-ayat puitis, poetic (eh same je), cuma sekadar menulis sahaja. Tulis. Tulislah. Tulislah. Dengan nama tuhan yang menciptakan manusia dari tanah. Eh, ni bukan surah ye.

Dari tadi hingga adi sampai ke bahagian ini, aku sudah pun memakan masa 4 minit. Terasa macam lambat. Tak apalah, perlahan-lahan. Aku harus mencari diri aku yang dulu.

Gay sungguh bunyinya.

Ape apelah.

1 comment:

  1. Haha... masuk blog ni sbb search psl gwangju.. tp syok baca smp ke part ni. Tiba-tiba rasa mcm sama plak. Dr kecik blogger tegar. Ada mcm2 jenis blog. Tiap bulan ejas template design masa zaman html dulu..

    Skrg, tulis satu baris, terus tekan publish... hidup makin besar makin simple. Dulu berpuitis, skrg dah tade idea dh...

    Haha..

    ReplyDelete