Friday, November 18, 2016

Chonnam National University

Kisah 2013
.
Semasa pertama kali aku sampai ke sini, ada majlis konvokesyen yang sedang berjalan. Ajussi pemandu teksi berhenti betul-betul di depan pintu gerbang universiti, dan tak masuk lagi. Dia kata tak boleh lalu.

"Pakcik, saya ada dua beg sorong besar macam ni, lepas tu tak tahu asrama kat mana, sampai hati pakcik nak tinggalkan saya macam ni?

Aku hanya mampu membayar tambang 5600 won kepada ajussi teksi yang tak menyelesaikan amanah yang diberi dan melihat dia berlalu pergi. Aku masih tak tahu di mana asrama aku terletak, yang aku tahu namanya ialah bangunan 6.

Bangunan 6.

Bangunan 6.

Nampak macam ada pelajar universiti ni, lebih baik tanya dia.

"Tumpang tanya, adakah awak tahu di mana asrama bangu..."

"Tak tahu. tak tahu."

Wah hebat dia ni, Psikik kot. aku belum habis tanya dia dah ada jawapan. Tahi betul.

Aku teruskan menyorong beg hingga terjumpa satu tasik besar penuh dengan pokok teratai kot. Nampak macam kotor. Aduhlah, mana asrama ni? Dah ikut peta pun tak jumpa. Dah la orang tempatan pun tak nak tolong. Waktu-waktu beginilah aku mengharapkan bahawa aku ni sebenarnya seorang wanita seksi. Mungkin ramai yang akan bantu.

Aku berjalan-jalan lagi menyorong beg sambil mengharapkan peta yang tak boleh diharap tu. Dalam peta nampak jalan macam pendek, sekali dah jalan masih tak sampai-sampai.

Di satu persimpangan ni (aku dah berulang kali lalu kat sini sebab tak jumpa-jumpa asrama), aku ternampak beberapa orang seperti orang asing, sedang berjalan berkumpulan menuju ke arah satu bangunan. Aku pun terus terdetik hati untuk mengikut mereka dari belakang dan akhirnya! Aku sampai ke asrama bangunan 6.

Cerdik betul orang yang tanam pokok sampai tutup signboard "Asrama Bangunan 6". Tempat ni rasanya betul-betul dekat tempat yang aku tumpang tanya kat mamat Psikik tadi. Rupanya bangunan tu belakang dia je. Tak guna, Mahu je aku mencarut guna bahasa Melayu.


No comments:

Post a Comment