Tuesday, October 7, 2014

Saya di Gwangju.

Aku fikir, ada baiknya aku buat catatan hidup aku sepanjang dekat sini. Almaklumlah belajar obersea. huehuehue. Blog ni asalnya private, tak lah private, tapi tak boleh dijumpai oleh orang, sebab tak dipromote. Eh, masih private.

Hmm.

Gwangju. Gwangju ialah satu bandar di daerah Jeolla Nam Do di Korea Selatan. Kedudukan dia boleh dikatakan di barat daya semenanjung Korea Selatan. Biasanya bila cakap pasal Korea, orang Malaysia hanya tahu Seoul, Busan, Jeju. Seoul, Busan, Jeju. Gua pun naik bosan. Kalau dari Seoul, perjalanan mengambil masa 3 jam setengah. Dari Busan, dalam 3 jam. kiranya aku berada di tengah-tengah. Jadi aku boleh pilih nak pergi Busan atau Seoul kalau nak berjoli.

Gwangju ini bandar yang kelima terbesar(kalau tak salah lah, itu hari check dekat wikipedia kot) di Korea. Kalau di tanya apa yang menarik di Gwangju untuk dilawati, aku sentiasa sudah bersedia dengan jawapan lazim aku.

Tak ada apa apa.

Serius, tak ada apa-apa yang menarik dekat sini. Mungkin ada bandar Damyang, kawasan luar bandar yang ada bukit berbuluh. Penuh dengan buluh. Tapi setakat itu je lah bendanya. apa lagi yang ada?

Mungkin Boseong, bukit pokok teh, ala-ala Cameron Highland. Tapi sejak aku tinggal sini sampai sekarang, aku masih belum jejak kaki lagi kat tempat tu. Sebab? Sebab aku tak nak pergi. Mungkin aku perasan macam orang tempatan. Yelah, aku tinggal dekat KL pun, tak pernah pergi Tugu Negara. Lebih kurang macam tu lah perumpaannya.

Tapi bagi aku, apa yang seronoknya tinggal di sini(tinggal, bukan melancong), ialah aku mampu simpan duit dari berbelanja yang bukan bukan. Sebabnya, sebab memang tak ada apa-apa dekat sini. Muzium? tolonglah.

Aku tinggal di One Room berdekatan dengan universiti tempat aku belajar. Chonnam National University. Tinggal sorang-sorang. Dapur, bilik air, internet, semua ada. Awek kpop saje yang takde. Punyalah susah dulu nak cari rumah ni, sebab aku dah terlepas 3 buah rumah sewa idaman aku yang akhirnya terlepas ke tangan orang lain dek kekedekutan aku untuk bayar deposit sewa 1 bulan. Nasib baiklah YaKyang tolong aku cari rumah ni, kalau tidak, berumah bawah jambatan lah aku, Asrama pun aku tak daftar. Padan muka aku.

Tapi walaubagaimanapun, aku happy tinggal kat sini, walaupun tak ramai orang malaysia, dan populasi muslim sangat rendah, aku ok je. TOlonglah jangan tanya ada restoran halal tak kat sini. Kat rumah aku ada lah.

Kalau ada kawan yang nak datang Korea, yang nak minta tolong aku jadi tour guide, boleh je. Tolong sponsor tiket bas aku dan petempatan. 

Tiket bas dan petempatan.

Mohon.



4 comments:

  1. Assalamualaikum. still study kat CNU ke?

    ReplyDelete
  2. Meh jadi tour guide... saya org malaysia... sesaja je jalan kat gwangju ni... but seriously x tau nk g mana.. im here now

    ReplyDelete
  3. saya pernah lepas kat Gwangju ni, sempat la pergi gwangju land and mudeungsan.. seriously tak ada apa kat Gwangju haha

    ReplyDelete
  4. Salam. Last month ade singgah gwangju. Pergi ke gwangju family land, shoppimg street kat tgh bandar tu dengan damyang meta province.

    ReplyDelete